DISSECTING THE EUPHONY (in Malay)

Editor's Pick: Best Releases & Music Videos 2012

3. Snäggletooth - Demo 2012
"Ok, setahu gua ini band dari Singapore dan terdiri dari line up beberapa band Crusty Punk. Untuk Snäggletooth, walaupun demo ini hanya memuatkan 3 buah lagu dalam format kaset ternyata ianya suatu yang bagus dari sudut penulisan dan penciptaan lagu2 nya. Gua tak boleh nak kata band ini tiada originaliti dari segi konsep music sebab mereka sendiri menyatakan bahawa Snäggletooth  ialah band yang ditubuhkan semata2 sebagai tribute kepada Motorhead. Ya memang gerek seperti melayan lagu2 pantas dari Motorhead. Cuma Motorhead ada lagu2 yang separa fast tetapi Snäggletooth totally laju dan boleh bikin rasa nak berdancing! Ini band harus diberi perhatian kalau diorang nak rilis sesuatu selepas ini. Rock n Roll + Heavy Metal + Punk yang cukup padat dan kental!"