PEMIKIRAN DIN (in Malay)

"Snaggletooth ni berasal dari Singapura. Biasanya kalau band yang datang dari Singapura main memang power-power. Kualiti rekoding dia pun dah tak macam demo sangat. Sempurna. Dah boleh declare EP pun yer juga demo ni. Aku suka dengan konsep demo ni. Simple gila. Tak ada artwork yang merapek-rapek. Tak ada gambar bom, tengkorak atau situasi peperangan seperti kebanyakkan band-band punk yang sedia ada. Hanya ada tiga lagu dalam demo ni. Aku rasa itu pun dah cukup power. Pasal lagu dia orang ni boleh tahan panjang-panjang juga. Lirik pun boleh tahan politikal. Masalah dunia dan harian yang dilalui oleh kebanyakkan punk dan umat manusia.

Musick Snaggletooth ni aku simpulkan kombinasi dari pelbagai latar belakar jenis musick berat. Tapi basik dia tetap punk. Ada sound d-beat, ada sikit-sikit macam rock and roll, ada macam hardcore Sweden, metal dan sebagainya. Entahlah. Kalau bagi yang minat Motorhead mungkin akan suka dengan demo ni. Aku tak reti sangat nak cerita pasal musick dia orang ni. Tapi memang layan la. "